Saya suka sangat2 puisi ini...tentang persahabatan by Kahlil Gibran ( a lebanese american artist, poet and writer...)bagi saya ia sangat mendalam dan menusuk jiwa...
dan saya tujukan khas buat sahabat2 saya yang ikhlas berkawan dan menerima diri saya seadanya...yang sentiasa ada di saat saya susah, senang, bahagia dan derita..
yang kenal diri saya sepenuhnya....
DAN ANTARANYA....mereka ini.......sahabat sampai mati.....
insya allah.....
Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia? menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
dan saya tujukan khas buat sahabat2 saya yang ikhlas berkawan dan menerima diri saya seadanya...yang sentiasa ada di saat saya susah, senang, bahagia dan derita..
yang kenal diri saya sepenuhnya....
DAN ANTARANYA....mereka ini.......sahabat sampai mati.....
insya allah.....
Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia? menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam?
persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya,
bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta ,
tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika? kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.
9 memo menunggu dibaca:
sweet nye puisi dia...walopon nurul x bape nak paham...hahah....hati kering tol aku neh...
setiap dari kita memerlukan sahabat di dalam dunia ini, sahabat yg boleh menjadi sahabat di dunia dan juga akhirat...:))
mama Airis : hahahahahha....kena amik sastera lah ni...
Yaya : kan...kita perlukan sahabat walaupun kita ada suami di sisi...biar kita ada keluarga bahagia..sahabat itu perlu...
aku nampak baju hang america's top model. lain yg hang post lain yg aku komen noh. sbb aku x pandai nak komen bahasa2 puitis ni.
mak aih bahase... akak bkn reti sgt puitis2 gini su.. hahaha.. wat malu jerk...
tp mmg kita perlukan sahabat... hubungan sahabat akan kekal smp bila2...
hehehee...eza, hg mmg suka komen pelik2. lari dari tajuk nih. :p tpi sone, aku layan novel, so aku rasa aku paham gak la apa intipati entry ni. walaupun pic aku tadak dlm entry ni aku tau aku pun sahabat dunia akhirat hg gak kan?kan?kan? ihihhihihiii... nak gak enterprame. :D
eza : akku berangan nakl jadi top model...tapi tak dapat2 gak lagi...sebab tak cukup tinggi satu..tak cukup kering satu...aku tak mampu nak jadi aneroxia...
Kak Zue : hehehehhe...saya suka puitis2...tapi takde lah pandai sangat....
Ieta : hang memang sahabat aku...hang kan sifu aka mentor aku...tunjuk ajar ku sifu.....wink wink....(26) aduhhhh bilalah nak merasa nih.....gambaq hang takdak...sebab hang saiz 26...aku jeles tu yang aku tak buh
sgt puitis... sahabat mmg perlu... berkongsi suka duka.. tp kena pilih yg boleh percaya...
eida : sangat truee.....kena pilih....sebab itu bezanya sahabat dan kawan
Post a Comment